Powered by Blogger.

Monday 15 February 2016

PEMBENTANGAN 2 - PAKK JUN 2104

12 comments:

Unknown on 20 March 2016 at 06:29 said... [Reply to comment]

Assalammualaikum w.b.t

Berdasarkan pembentangan yang telah dilakukan oleh rakan-rakan saya, iaitu Kumpulan 2, pembentangan mereka adalah mengenai pendedahan kepada pengetahuan dan kemahiran asas dalam seni peringkat sekolah rendah. Melalui pembentangan tersebut, banyak maklumat dan info baru yang telah saya perolehi secara langsung atau tidak langsung di mana kita sebagai bakal seorang guru, harus mempunyai pengetahuan sekurang-kurangya sedikit dalam bidang seni sama ada seni muzik, seni visual dan seni pergerakan. Hal ini agar dapat diaplikasi apabila berada di situasi sebenar iaitu di sekolah. Kumpulan tersebut turut menceritakan sedikit sebanyak pelbagai jenis seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Manakala menerusi aktiviti yang telah dijalankan, saya dapat meneroka pelbagai jenis seni muzik, seni visual dan seni pergerakan.

Unknown on 21 March 2016 at 08:20 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, tajuk 2 bagi subjek Seni dalam Pendidikan iaitu Pendedahan kepada Pengetahuan dan Kemahiran Asas dalam Seni Peringkat Sekolah Rendah telah dibentangkan dengan baik oleh Hazalia binti Othman, Norsiah binti Padil, Nurhikmah Syakirah binti Selamat dan Nurul Ain binti Mohd Ghaus.

Sebelum pembentangan ini dijalankan, saya berpendapat bahawa setiap orang boleh menghasilkan karya seni dengan cara tersendiri dan hanya orang yang mengambil subjuk khusus yang mampu menggunakan kesemua kemahiran yang teliti dalam menghasilkan karya seni. Setelah mengikuti pembentangan ini, saya dapat pengetahuan baharu secara mendalam tentang kemahiran-kemahiran yang betul dalam melaksanakan aktiviti seni. Selain itu, melalui aktiviti yang menarik dalam pembentangan ini, saya dapat mengetahui bahawa pelbagai aktiviti seni yang boleh dilakukan di peringkat sekolah rendah. Pembentangan ini telah membuka pemikiran yang hanya berfikir kemahiran seni sukar dilakukan oleh murid sekolah rendah. Sebaliknya, kepelbagaian aspek dalam kemahiran seni dapat diaplikasikan kepada semua peringkat umur murid.

Akhir sekali, aktiviti yang menarik, tepat dan bermakna untuk dijalankan dalam pengajaran di bilik darjah yang dijalankan oleh para pembentang telah memberi pemahaman yang mendalam tentang pengetahuan dan kemahiran seni.

Terima kasih.

Unknown on 23 March 2016 at 06:09 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Pembentangan kumpulan 2 berkisarkan mengenai kemahiran asas yang terdapat dalam aspek seni. Di mana ia mempunyai 3 bahagian iaitu seni muzik, pergerakan dan seni visual. Pada mulanya, saya beranggapan bahawa seni adalah berkisarkan seni visual semata-mata. Daripada pembentangan ini, mereka iaitu pembentang telah membuka mata saya mengenai kemahiran yang terdpat dalam aspek seni ini. Aktiviti yang dibekalkan juga sangat menarik. Antaranya, kami diberi lagu untuk melakukan pergerakan berasakan irama dan tempo lagu tersebut. Mereka memberikan kebebasan dalam memilih pergerakan mengikut kesepakatan ahli kumpulan tersebut. Daripada aktiviti ini menunjukkan bahawa kebebasan sangat penting dalam proses pembelajaran murid bagi membuka peluang kepada mereka untuk meneroka mengikut gaya mereka yang tersendri. Hasil pembentangan kumpulan 2 memberi impak yang besar dalam diri saya seorang bakal guru.

Unknown on 24 March 2016 at 08:28 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Berdasarkan pembentangan daripada kumpulan 2, pelbagai kekuatan yang dapat dikenal pasti dan saya ambil sebagai pengajaran bagi menghasilkan pembentangan yang lebih menarik dan berkesan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antara kekuatan yang dapat dikenal pasti adalah pembentangan dimulakan dengan pengetahuan tentang kemahiran asas dalam seni. Selain itu, melalui pembentangan ini, saya dapat memahami dengan lebih jelas tentang kemahiran asas dalam seni yang terdiri daripada seni muzik, seni visual dan pergerakan. Pembentang memberikan contoh yang jelas disertai dengan gambar dan aktiviti yang menarik. Hal ini membuatkan saya lebih tertarik untuk mengetahui bagaimana kemahiran-kemahiran seni ini diaplikasikan pada peringkat sekolah rendah. Malah, para pembentang juga berhasil melibatkan semua pelajar dalam aktiviti pembelajaran yang dilakukan terutamanya aktiviti untuk seni pergerakan yang mana memerlukan kami untuk menari mengikut rentak muzik yang diberi. Di samping itu juga, saya dapati aktiviti yang melibatkan pergerakan dan muzik amat sesuai untuk dijalankan kepada kanak-kanak sekolah rendah kerana mereka lebih aktif untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Oleh itu, tahniah kepada kumpulan 2 kerana telah membuat pembentangan yang menarik, bermakna dan menghiburkan.

Unknown on 24 March 2016 at 17:24 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah selesai sudah pembentangan yang telah disampaikan oleh kumpulan 2 iaitu bertajuk Pendedahan Kepada Pengetahuan Dan Kemahiran Asas Dalam Seni Peringkat Sekolah Rendah. Proses pembentangan ini telah dibentangkan dengan baik dan kemas sekali oleh Hazalia binti Othman, Norsiah binti Padil, Nurhikmah Syakirah binti Selamat, dan juga Nurul Ain binti Ghaus.
Sebelum pembentangan ini dijalankan, saya hanya mengetahui bahawa murid-murid sekolah rendah pada masa kini telah didedahkan dengan subjek muzik serta seni visual dalam pengajaran tetapi saya kurang mengetahui apakah elemen yang diterapkan dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan seni visual. Oleh itu, setelah mendengar penerangan yang disampaikan oleh kumpulan 2 saya dapat mengetahui bahawa pentingnya guru untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran asas untuk mengajar murid-murid sekolah rendah. Hal ini kerana, apabila guru mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran tersebut, guru dapat menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik untuk dilakukan kepada murid-murid.
Kesimpulannya, sebagai guru perlu mendalami ilmu pengetahuan berkaitan dengan seni visual, seni muzik dan juga seni pergerakan dengan baik.

Unknown on 27 March 2016 at 01:21 said... [Reply to comment]

Assalamulaikum. Alhamdulilah telah selesai pembentangan tajuk 2 yang dibentangkan dengan baik dan menarik oleh sahabat-sahabat saya Hazalia binti Othman, Nurhikmah Syakirah binti Selamat, Nurul Ain binti Mohd Ghaus dan Norsiah binti Padil. Hasil dripada pembentangan daripada kumpulan dua yang bertajuk pendedahan kepada pengetahuan dan kemahiran asas dalam seni peringkat sekolah rendah, saya dapat menambah pengetahuan saya tentang seni dengan lebih mendalam lagi. Seni adalah terdiri daripada seni muzik, seni visual dan pergerakan. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan dalam pembentangan ini. Aktiviti-aktiviti seni yang dijalankan menarik dan boleh diaplikasikan untuk murid-murid semasa berada di sekolah nanti. Terima kasih.

Unknown on 27 March 2016 at 01:25 said... [Reply to comment]

assalamulaikum wbt...

Saya berpendapat bahawa Pendidikan Seni Visual merupakan satu subjek yang penting dipelajari oleh murid-muridsemasa berada di alam persekolahan. ianya merupakan satu mata pelajarn yang penting di mana memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dan minat mereka. NAtijahnya, murid-murid berkenaan akan memperoleh dan mempunyai ciri insan yang berbudaya, mempuyai citarasa seni yang tinggi dan juga kreatif. dalam topik ini pengetahuan asas Seni Visual menjadi bahan penting dalam pelaksanaannya di mana ianya bukan terhad pada waktu yang ditetapkan akan tetapi boleh diserapkan dan diterapkan dalam mata pelajaran lain pada bila-bila masa.

Selain itu, saya juga diberi pendedahan dengan pengetahuan asas dalam muzik. perkara ini merangkumi pengertian muzik, matlamat dan juga objektif pendidikan muzik di Malaysia. saya juga pelbagai pendekatan muzik iaitu Carl Orff, Dalcroze, Suzuki dan juga sebagainya. di samping itu, saya juga diberikan penekanan terhadap konsep muzik yang hendak disampaikan di mana pemerangan secara teliti berserta aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan semasa berinteraksi dalam P&P. Saya juga dapat mengetahui tiga komponen penting dalam pendidikan Muzik iaitu nyanyian, muzik dengan pergerakan dan juga permainan alat muzik.

Seterusnya, saya juga dapat mneetahui pelbagai pergerakan asas, pendidikan pergerakan dan pendidikan kreatif. penekanan bagi seni pergerakan ini adalah tertumpu kepada potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan potensinilai pendidikan dan juga potensi sebagai pemangkin kemahiran stabiliti dalam konteks sosial dan juga nilai-nilai murni. secara tidak langsung juga, saya dapat menyediakan pengalaman-pengalaman yang berkaitan bagi membantu murid-murid untuk mencapai keupayaan sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam masyarakat kelak.

Unknown on 27 March 2016 at 07:05 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan 2 kerana berjaya membentangkan topik Pendedahan kepada Pengetahuan dan Kemahiran Asas dalam seni peringkat sekolah rendah. Seni terbahagi kepada tiga iaitu seni visual, muzik dan pergerakan. Berdasarkan kepada pembentangan tersebut, banyak pengetahuan dan input-input baharu yang saya peroleh. Hal ini kerana, sebelum ini saya hanya mengetahui perkara asas sahaja mengenai unsur seni dan hanya beberapa aspek seni sahaja yang telah kami lakukan di dalam kelas seperti teknik menggambar dan beberapa aspek dalam membuat binaan seperti origami, topeng dan boneka. Perkara yang ingin saya ketahui melalui pembentangan ini ialah bagaimana menggunakan unsur-unsur muzik seperti ekspresi, tekstur, warna ton dan struktur dalam pendidikan di sekolah rendah agar pengajaran yang saya laksanakan kepada murid-murid adalah pelbagai, dapat menarik perhatian dan mencapai objektif pengajaran. Selain itu, apa yang saya perolehi ialah terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan kepada murid-murid sekolah rendah seperti kraf tradisional, topeng dan sebagainya. Manakala, dari aspek muzik, saya mengetahui bahawa irama boleh dihasilkan melalui tepukan tangan, piano dan drum bagi menghasilkan not panjang dan pendek serta ekspresi ialah nada sedih atau gembira. Kemahiran asas pergerakan seperti berjalan, berlari, melompat dan meregang membolehkan murid belajar bergerak dan berfikir, merasai sesuatu secara langsung, mencungkil bakat dan memberikan peluang kepada murid meluahkan perasaan mereka. Di samping itu, pembentang juga menerangkan beberapa tokoh muzik yang menerangkan konsep pengajaran dan pembelajaran muzik seperti Dalcroze, Kodally, Gordon, Suzuki dan Orff. Akhir sekali, kumpulan ini juga menyampaikan topik ini dengan begitu baik serta disokong dengan gambar dan video yang jelas. Kumpulan ini juga menyediakan beberapa aktiviti seperti melukis dan membuat pergerakan. Bagi aktiviti melukis, kami diminta untuk melukis berdasarkan kefahaman kami terhadap sebuah botol yang diletakkan di atas meja di hadapan dan bagi aktiviti pergerakan, kumpulan pembentang memberikan setiap kumpulan lagu yang berbeza bagi menghasilkan pergerakan yang sesuai mengikut rentak lagu.

Unknown on 27 March 2016 at 07:11 said... [Reply to comment]

Topik kedua bagi subjek Seni dalam Pendidikan ini ialah pengetahuan dan kemahiran asas dalam seni peringkat sekolah rendah dan topik kedua ini telah dibentangkan oleh Nurul Ain, Nurhikmah Syakirah, Norsiah dan Hazalia. Melalui pembentangan yang dilakukan, saya dapat mengetahui perkara-perkara asas yang perlu diperkenalkan kepada murid di peringkat sekolah rendah seperti unsur-unsur dalam seni visual seperti jenis-jenis garisan, unsur-unsur dalam seni muzik seperti irama dan melodi serta pergerakan-pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dan perkara-perkara tersebut dapat diperkenalkan kepada murid melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang menarik. Pengetahuan tentang perkara-perkara asas dalam seni ini adalah penting untuk dikuasai oleh guru memandangkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan seni ini dapat membantu murid mengekspresikan diri mereka dan membantu perkembangan mereka secara menyeluruh. Pembentang juga telah membantu saya meningkatkan lagi pemahaman mengenai topik ini melalui tayangan visual dan audio serta pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang menarik yang berkaitan dengan topik yang dibentang. Secara keseluruhannya, dapatlah dinyatakan di sini bahawa penguasaan pengetahuan dan kemahiran seseorang guru terhadap perkara-perkara asas dalam seni ini dapat membantu guru membina dan melaksanakan aktiviti kesenian yang bukan sahaja dapat memberikan kegembiraan kepada murid, malah dapat membantu murid untuk membina potensi diri yang lebih cemerlang.

Unknown on 27 March 2016 at 08:17 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Melalui pembentangan yang dijalankan oleh kumpulan 2, saya mendapati bahawa skop bagi seni muzik, visual dan pergerakan lebih luas daripada yang saya ketahui sebelum ini. Skop tersebut merangkumi penggunaan teori muzik seperti Kodaly, Carl Orff dan lain-lain. Selain itu, aktiviti yang dijalankan dapat membuka ruang dan peluang kepada murid untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan aspek-aspek seni berkenaan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, melalui pembentangan itu juga, saya mengetahui bahawa terdapat beberapa bahagian seni yang ditekankan dalam kurikulum di sekolah. Antaranya ialah menggambar dan kraf tradisional. Melalui bahagian ini, sebagai seorang bakal guru, ini dapat membantu saya untuk membina aktiviti yang bersesuaian apabila saya ditempatkan di sekolah kelak. Aktiviti seni yang menarik mampu membuatkan murid boleh menzahirkan emosi mereka dengan baik. Sekian, terima kasih.

cahaya jannah on 27 March 2016 at 09:01 said... [Reply to comment]

Assalammualaikum w.b.t.

Berdasarkan pembentangan kumpulan yang bertajuk Pendedahan kepada Pengetahuan dan Kemahiran asas dalam seni Peringkat Sekolah Rendah, saya telah mengetahui konsep asas ketiga-tiga seni ini dengan mendalam agar kefahaman saya tidak terhad. Sebagai seorang guru yang cintakan seni, kita perlu tahu tentang asas-asas seni agar di sekolah kelak, kitalah yang akan menjadi guru yang menaikkan dunia seni.

Sebelum pembentang membentangkan tajuk ini, saya mengetahui seni visual hanya sekadar lukisan di atas kertas dan boleh menjadi 3D. setelah pembentangan dijalankan, saya mengetahui bahawa walaupun semua jenis garisan juga merupakan seni walaupun garisan yang sedikit. saya juga diberi peluang untuk membuat aktiviti dengan kreatif walaupun tidak sehebat orang seni.

Terima Kasih

Unknown on 4 April 2016 at 17:29 said... [Reply to comment]

Assalammualaikum wbt. Tahniah diucapkan kepada Kumpulan 2 atas pembentangan yang menarik. Pembentangan ini menjurus pada asas kemahiran dalam seni visual, muzik dan pergerakan di sekolah rendah. Pada pandangan saya, seorang guru perlu mempunyai gaya pemikiran yang kreatif bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menarik. Oleh itu, guru perlu mempunyai pengetahuan tentang seni visual, muzik dan pergerakan untuk diterapkan dalam mata pelajaran lain agar pdp menjadi lebih seronok. Di samping itu, murid juga dapat mempelajari tentang asas-asas yang terkandung dalam seni visual, muzik dan pergerakan. Contohnya, murid mengetahui kepelbagaian bahan yang boleh digunakan dalam seni visual. Sesungguhnya, asas terhadap ketiga-tiga elemen tersebut penting bagi memastikan unsur seni, muzik dan pergerakan yang diterapkan tidak ketinggalan.

Twitter

 

SESI SEMESTER 1/2016 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template