Powered by Blogger.

Monday 22 February 2016

PEMBENTANGAN 3 - PAKK JUN 2014

13 comments:

Unknown on 26 February 2016 at 19:07 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan 3 yang telah berjaya menjalankan pembentangan pada minggu ini dengan baik. Berdasarkan pembentangan yang telah dijalankan, terdapat pelbagai input yang boleh diambil untuk dijadikan panduan. Sebelum mengikuti pembentangan tajuk ini, saya hanya pernah mendengar dan tidak memahami dengan baik apa yang dimaksudkan dengan konsep integrasi. Hasil pembentangan ini telah memberi pengetahuan yang sangat berguna kepada saya iaitu dengan memberi pendedahan tentang konsep integrasi dengan betul. Setelah mengikuti pembentangan ini, saya telah mempelajari cara sebenar untuk menjalankan konsep integrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak. Selain itu, pembentang juga telah membuka minda saya tentang isu-isu yang berlaku dalam dunia pendidikan sekarang. Sebagai seorang bakal guru, pendedahan yang secara meluas ini akan membantu saya untuk bersedia dari awal lagi untuk menghadapi serta menyelesaikan isu-isu yang berlaku dalam menjalankan konsep integrasi di sekolah kelak. Seterusnya, aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan dalam pembentangan kumpulan ini telah membantu saya untuk lebih berfikir secara meluas. Akhir sekali, penerangan yang baik dan bersemangat oleh pembentang tentang input yang berguna telah banyak membantu saya untuk memahami dengan lebih baik tentang tajuk ini.

Unknown on 12 March 2016 at 01:19 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t.
Berdasarkan pembentangan Kumpulan 3 yang bertajuk Aplikasi dan Pengurusan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran, saya mendapat banyak input yang sangat berguna untuk saya aplikasikan pada masa akan datang. Pembentang telah memberi pendedahan kepada konsep integrasi dan konsep tema dan penghubungkaitan. Melalui subtopik yang dibentangkan itu, pembentang telah menjalankan satu aktiviti iaitu pembentang meminta kami untuk berfikir perkara yang berkaitan dengan isu dan cabaran integrasi dalam pendidikan pada masa kini. Jadi, saya dan rakan-rakan yang lain telah menggunakan kemahiran berfikir semasa melaksanakan aktiviti tersebut. Kami telah mengeluarkan input yang telah kami pelajari selama ini, selain itu kami juga mendapat input yang baru kerana setiap jawapan yang diberikan oleh setiap pelajar ialah berlainan. Selain itu, pembentang juga telah membentang topik penghubungkaitan di antara seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran lain. Input yang saya dapat melalui topik tersebut sangat berguna untuk masa hadapan kerana sebagai seorang bakal guru, saya perlu mengetahui cara-cara untuk menghubungkaitkan aspek seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran lain. Pada alaf 21 ini, seseorang guru perlu menggunakan pendekatan yang lebih kreatif untuk mengajar di sekolah, jadi melalui topik yang dibentangkan itu, saya mendapat sedikit sebanyak input yang boleh diaplikasikan untuk mengajar pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, pembentangan dari kumpulan 3 ini sangat memuaskan kerana input yang disampaikan mudah difahami dan input disampaikan secara menarik iaitu pembentang memasukkan unsur video, audio, dan visual dalam pembentangan. Video yang ditunjukkan juga sangat menarik kerana input yang disampaikan melalui video tersebut sangat berkaitan dengan tajuk yang dibentang sekaligus itu memberi pengukuhan yang lebih mendalam terhadap tajuk yang dipelajari.

Unknown on 20 March 2016 at 06:44 said... [Reply to comment]

Assalammualaikum w.b.t

Berdasarkan pembentangan yang telah dilakukan oleh rakan-rakan saya, iaitu Kumpulan 3, pembentangan mereka adalah mengenai penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan. Melalui pembentangan tersebut, banyak maklumat dan info baru yang telah saya perolehi secara langsung atau tidak langsung di mana sebelum ini . Contohnya, sebelum ini, saya tidak mengetahui perbezaan antara integrasi dan penghubungkaitan. Seterusnya, saya juga tidak mengetahui bahawa bidang-bidang tersebut boleh dintegrasikan dan dihubungkaitkan. Melalui pembentangan tersebut juga, saya dapat mengetahui bagaimana dan kesesuaian untuk mengintegrasikan dan menghubungkaitkan tema-tema tersebut. Akhir sekali, saya mampu menggunakan ilmu yang saya perolehi di dalam kelas lain.

Unknown on 23 March 2016 at 06:16 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Integrasi dalam pedagogi bermaksud kaedah dan cara pengajaran yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran. Integrasi ini dapat membantu guru menerapkan pelbagai kemahiran dalam suatu subjek. Berdasarkan pemahaman saya, subjek bahasa melayu boleh diintegrasikan dalam subjek matematik di mana murid akan mengeja dan memahami ayat persoalan yang diberikan. Pengintegrasian ini membantu murid mendapat ilmu yang maximum dalam satu-satu proses pembelajaran. Pada mulanya, saya berpendapat bahawa pengajaran yang berfokus adalah sangat penting tanpa mengira pengintegrasian dalam membina Rancangan Pengajaran Harian. Namun setelah mendengar kepentingan dan ia sangat membantu murid maka adalah sangat penting sebagai seorang guru untuk menjadi lebih kreatif dalam melaksanakan pengintegrasian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Unknown on 24 March 2016 at 08:31 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Berdasarkan pembentangan daripada kumpulan 3, saya dapat mengetahui kaedah atau pendekatan yang boleh digunakan untuk mengaplikasikan aktiviti seni dalam pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja, pembentang juga menerangkan konsep integrasi dengan baik yang mana saya dapat memahami bagaimana pengajaran seni visual, muzik dan pergerakan dapat diintegrasikan dengan mata pelajaran lain. Selain itu, pendekatan bertema juga ditekankan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan tema agar proses p&p berjalan dengan lancar dan objektif pembelajaran juga tercapai di akhir pengajaran. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan oleh pembentang juga memberi input yang sangat bermakna kepada saya yang mana saya dapat memahami bagaimana seorang bakal guru merancang sesi pengajaran mereka dalam menghubungkaitkan mata pelajaran seni dengan mata pelajaran lain. Akhir sekali, pembentangan serta input yang menarik daripada pembentang telah membantu saya untuk memahami topik ini dengan lebih baik.

Unknown on 24 March 2016 at 17:41 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, proses pembentangan yang telah disampaikan oleh Kumpulan 3 berjalan dengan baik dan lancar. Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli dalam Kumpulan 3 iaitu terdiri daripada Kancanawati binti Kamar, Siti Nurjannah binti Adnan, Dayang Salina binti Othman dan juga Siti Fatimah binti Mohd Noor. Sebelum pembentangan, saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam apakah elemen-elemen yang terdapat di bawah tajuk aplikasi dan pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti pengajaran yang sesuai dijalankan di bawah topik ini.
Oleh itu, setelah berlangsungnya pembentangan, saya telah mempelajari bahawa subjek seni visual, seni muzik dan juga seni pergerakan ini dapat disepadukan dengan subjek-subjek lain seperti subjek Sains dan Subjek Bahasa Melayu. Hal ini telah membuka mata saya bahawa menjadi seorang guru ini perlulah berfikiran secara kreatif dan kritis dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, saya turut didedahkan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menerapkan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam PdP.
Konklusinya, melalui pembentangan yang telah disampaikan oleh Kumpulan 3 ini telah berjaya menyuntik hati saya sebagai seorang guru, saya perlu merancang topik, objektif, isi, cara penyampian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat murid.

Unknown on 24 March 2016 at 17:43 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, proses pembentangan yang telah disampaikan oleh Kumpulan 3 berjalan dengan baik dan lancar. Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli dalam Kumpulan 3 iaitu terdiri daripada Kancanawati binti Kamar, Siti Nurjannah binti Adnan, Dayang Salina binti Othman dan juga Siti Fatimah binti Mohd Noor. Sebelum pembentangan, saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam apakah elemen-elemen yang terdapat di bawah tajuk aplikasi dan pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti pengajaran yang sesuai dijalankan di bawah topik ini.
Oleh itu, setelah berlangsungnya pembentangan, saya telah mempelajari bahawa subjek seni visual, seni muzik dan juga seni pergerakan ini dapat disepadukan dengan subjek-subjek lain seperti subjek Sains dan Subjek Bahasa Melayu. Hal ini telah membuka mata saya bahawa menjadi seorang guru ini perlulah berfikiran secara kreatif dan kritis dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, saya turut didedahkan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menerapkan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam PdP.
Konklusinya, melalui pembentangan yang telah disampaikan oleh Kumpulan 3 ini telah berjaya menyuntik hati saya sebagai seorang guru, saya perlu merancang topik, objektif, isi, cara penyampian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat murid.

Unknown on 27 March 2016 at 01:55 said... [Reply to comment]

Assalamulaikum. Alhamdulilah telah selesai Tajuk 3 yang bertajuk Aplikasi dan Pengurusan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang dibentangkan oleh saya dan rakan-rakan saya. Melalui pembentangan ini, banyak input baharu yang telah saya dapati mengenali integrasi dalam seni. Saya mengetahui konsep integrasi dengan lebih mendalam lagi terdapat pelbagai jenis integrasi iaitu pengabungjalinan, penyerapan, penerapan, pengayaan dan sebagainya. Saya juga mengetahui dengan lebih mendalam perbezaan jenis-jenis integrasi tersebut. Saya juga dapat mengetahui tentang cabaran dan isu-isu integrasi seperti masa dan kemudahan. Selain itu, saya juga mendapat input baharu tentang pendekatan bertema serta penghubungkaitkan seni visual, seni muzik dan pergerakan dalam mata pelajaran lain. Pengetahuan yang saya dapati ini boleh diaplikasikan semasa mengajar disekolah kelak. Terima kasih.

Unknown on 27 March 2016 at 07:38 said... [Reply to comment]

Topik ketiga bagi subjek Seni dalam Pendidikan ini ialah aplikasi dan pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan topik ini telah dibentangkan oleh Dayang Salina, Siti Fatimah, Siti Nurjannah dan Kancanawati. Melalui pembentangan yang dilakukan, saya dapat mengetahui tentang kaedah pengintegrasian yang boleh diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu saya sebagai bakal guru untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat menyeluruh. Seterusnya, pembentang telah menyentuh tentang pedekatan bertema yang juga sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada pembentangan tersebut, saya dapat mengetahui tentang pentingnya bagi seorang guru untuk memilih tema yang baik dan bersesuaian kerana ianya akan memberi kesan terhadap penguasaan pengetahuan dan kemahiran murid. Pembentang juga telah menyatakan tentang konsep penghubungkaitan antara seni muzik, visual dan pergerakan dengan mata pelajaran lain. Penghubungkaitan pelbagai bidang kemahiran dan pengetahuan ini justeru dapat membantu murid untuk menguasai pembelajaran dengan lebih berkesan kerana mereka dapat belajar dalam suasana santai dan menyeronokkan. Secara keseluruhannya, pembentangan topik ini telah dijalankan dengan baik dan pembinaan pemahaman telah dibina dengan sokongan visual dan video yang dipertontonkan.

Unknown on 27 March 2016 at 08:26 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan 3 kerana berjaya membentangkan topik Aplikasi dan Pengurusan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran. Berdasarkan kepada pembentangan tersebut, banyak pengetahuan dan input-input baharu yang saya peroleh. Sebelum pembentangan ini dilaksanakan, saya hanya mendengar mengenai integrasi dan tidak mengetahui maksudnya dengan lebih mendalam. Melalui tajuk ini, perkara yang ingin saya ketahui ialah bagaimana guru menerapkan integrasi dalam pengajarannya, bagaimana guru memilih dan menentukan tema yang sesuai serta strategi guru menghubungkaitkan seni visual, muzik dan pergerakan dalam satu mata pelajaran. Oleh itu, pembentangan ini telah memberi pengetahuan kepada saya bahawa integrasi merupakan kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran. Bagi menggunakan integrasi dalam pengajaran, sebagai seorang guru, saya perlu mengetahui isu-isu dan cabaran yang perlu saya tempuhi dan jalan penyelesaiannya. Manakala, bagi pendekatan bertema, pembentang telah menjelaskan bahawa guru perlu memilih tema yang merentas semua matapelajaran, bersesuaian dengan pengalaman dan kehidupan murid serta tema tersebut merupakan tema yang diminati oleh guru dan pelajar. Bagi penghubungkaitan, perkara yang saya pelajari ialah guru perlu merancang topik, objektif, isi dan cara penyampaian agar aktiviti PdP dapat berjalan dengan lancar dan hasil pembelajaran menjadi lebih efektif kerana murid dapat menghubungkaitkan kemahiran dalam matapelajaran yang lain dalam berbagai matapelajaran. Akhir sekali, kumpulan ini juga menyediakan slide, gambar dan video yang menerangkan secara keseluruhan topik 3 dengan jelas. Pembentang juga menyediakan satu aktiviti iaitu setiap kumpulan perlu melaksanakan langkah-langkah yang mengandungi elemen seni visual, pergerakan dan muzik dalam matapelajaran yang dipilih. Contohnya, dalam matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan, kami telah menyediakan aktiviti yang melibatkan kaum-kaum di Malaysia. Murid diminta untuk menyediakan baju tarian sumazau menggunakan kertas dan setelah siap, pelajar perlu menarikan tarian tersebut menggunakan lagu. Secara kesimpulannya, berdasarkan penerangan, gambar, dan aktiviti-aktiviti yang ditunjukkan, ia memberikan pengalaman kepada saya untuk merancang aktiviti di dalam kelas kelak.

Unknown on 27 March 2016 at 08:35 said... [Reply to comment]

Berdasarkan pembentangan yang telah dilakukan oleh rakan-rakan saya, iaitu Kumpulan 3, pembentangan mereka adalah mengenai penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan. Penghubungkaitan penting dalam memastikan murid mampu menggabungkan aspek seni visual, muzik dan pergerakan. Konsep integrasi yang sebelum ini saya anggap sama dengan penghubungkaitan turut mempunyai perbezaan dalam topik ini. Sebagai seorang bakal guru, konsep integrasi dan penghubungkaitan perlu dilaksanakan agar murid dapat memahmi kedua-dua konsep tersebut dengan jelas.

Aktiviti yang dijalankan juga adalah menarik dan sesuai dijalankan di dalam bilik darjah semasa mengajar subjek yang berkaitan seperti Pendidikan Seni Visual, Muzik mahupun Pendidikan Jasmani.Malah, mengikut konsep integrasi dan penghubungkaitan, aktiviti yang dijalankan boleh dilakukan dalam apa jua subjek. Sekian, terima kasih.

cahaya jannah on 27 March 2016 at 09:08 said... [Reply to comment]

Assalammualaikum w.b.t

berdasarkan pembentangan yang telah dijalankan oleh saya dan rakan-rakan yang bertajuk aplikasi dan pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya telah banyak mengetahui konsep dan pendekatan yang boleh digunakan untuk melaksana aktiviti seni. Perkara yang saya cuba lagi untuk tahu dengan lebih mendalam ialah perbezaan antara integrasi dan perhubungkaitan. Selain itu, saya dapat meningkatkan lagi cara-cara melaksanakan semua pendekatan yang telah dibelajari agar dapat menyampaikan ilmu seni kepada murid-murid.

Unknown on 4 April 2016 at 17:39 said... [Reply to comment]

Assalammualaikum wbt. Tahniah diucapkan kepada Kumpulan 3 atas pembentangan yang menarik. Pembentangan ini adalah berkaitan dengan aplikasi dan pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Seni visual, muzik dan pergerakan dapat dihubungkaitkan dengan pelajaran lain. Skop yang dibincangkan dengan lebih mendalam adalah tentang integrasi. Guru dapat menggabungkan sesuatu mata pelajaran lain dengan mata pelajaran lain. Contohnya, mengabungkan mata pelajaran bahasa Melayu dengan Pendidikan Muzik bagi membolehkan murid untuk membaca sambil menyanyi. Hal ini memudahkan guru untuk membolehkan murid mencapai hasil pembelajaran seperti yang terkandung dalam RPH. Guru adalah fasilitator atau pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru boleh menggabungkan mata pelajaran Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmai dengan mata pelajaran lain. Hal ini juga dapat memastikan seni visual, muzik dan pergerakan terus kekal dalam kalangan masyarakat. Meskipun peruntukan masa untuk mata pelajaran tersebut makin berkurang di setiap sekolah, guru perlu memainkan peranan untuk menekankan elemen seni dalam mata pelajaran lain.

Twitter

 

SESI SEMESTER 1/2016 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template