Powered by Blogger.

Sunday 28 February 2016

PEMBENTANGAN 4 - PAKK JUN 2014

12 comments:

Unknown on 21 March 2016 at 10:22 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah pembentangan topik 4 yang bertajuk Melaksanakan Aktiviti Mengenai Irama, Warna dan Ruang serta Deria dan Seni telah selesai dijalankan.

Sebelum menjalankan pembentangan ini, saya mengetahui bahawa terdapat pelbagai aktiviti melibatkan seni yang boleh dijalankan dengan murid di sekolah kelak. Namun begitu, saya tidak mengetahui dengan mendalam jenis aktiviti serta tujuan sesuatu aktiviti dijalankan.

Berdasarkan pembentangan yang telah dijalankan oleh kumpulan kami, saya mendapati bahawa kepelbagaian aktiviti seni yang dilakukan mempunyai kategori-kategori yang tersendiri. Hal ini kerana, aktiviti seni ini mempunyai pelbagai fungsi seperti untuk menyampaikan maklumat dan ekspresi perasaan. Hasil pembentangan berserta penambahan idea dan pendapat daripada pensyarah dah rakan siswi pendidik yang lain dapat membantu meningkatkan daya kreativiti untuk menjalankan aktiviti P&P di sekolah kelak. Seterusnya, secara tidak langsung saya juga dapat belajar kemahiran untuk mengendalikan aktiviti. Pengalaman dalam mengendalikan aktiviti dalam pembentangan ini jelas memberi kesedaran kepada saya tentang kepentingan penglibatan yang aktif oleh semua murid.

Secara kesimpulannya, setiap aktiviti yang ingin dijalankan dalam satu sesi P&P memerlukan persiapan yang lengkap dari pelbagai aspek seperti pengetahuan, kemahiran, kepentingan dan tujuan utama aktiviti tersebut dijalankan.

Unknown on 23 March 2016 at 09:26 said... [Reply to comment]

Assalammualaikum w.b.t

Berdasarkan pembentangan yang telah dilakukan oleh rakan-rakan saya, iaitu Kumpulan 4, pembentangan mereka adalah mengenai melaksanakan aktiviti melalui irama, warna dan ruang serta deria dan seni . Melalui pembentangan tersebut, banyak maklumat dan info baru yang telah saya perolehi secara langsung atau tidak langsung bagaimana untuk membuat aktiviti menggunakan dan menggabungkan elemen-elemen tersebut. Namun setelah didedahkan dengan baik dan kreatif oleh rakan-rakan saya, pemahaman saya iaitu mengenai cara melaksanakan aktiviti menggunakan elemen tersebut menjadi luas , di mana penggunaan ruang dan irama dijalankan dengan baik. Pembentangan kumpulan ini turut dikukuhkan dengan aktiviti yang menarik yang memberi peneguhan kepada saya sendiri terhadap topik ini.

Unknown on 24 March 2016 at 08:36 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Tahniah diucapkan kepada kumpulan 4 di atas pembentangan yang cukup ringkas dan padat. Pembentangan pada kali ini memberi input yang baharu kepada saya dari aspek pelaksanaan aktiviti tentang irama, warna dan ruang serta deria dan seni. Melalui penerangan yang jelas mengenai konsep penerokaan dan pelaksanaan aktiviti penerokaan yang pelbagai dan menarik telah mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang lebih kreatif dalam merancang aktiviti keseniaan dan mengendalikan aktiviti tersebut di dalam bilik darjah. Aktiviti penerokaan merupakan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak kerana mereka gemar untuk meneroka dan mencuba sesuatu yang baharu. Oleh itu, guru kini perlu lebih kreatif dan bijak mengendalikan aktiviti penerokaan yang melibatkan aspek keseniaan seperti irama, warna, ruang dan deria. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa perancangan aktiviti yang sesuai dengan tahap kanak-kanak perlu diambil perhatian oleh guru. Hal ini adalah bagi kelancaran perjalanan aktiviti tersebut yang mana kanak-kanak mudah untuk memahami arahan yang diberi oleh guru. Oleh hal yang demikian, saya dapati bahawa pembentangan kumpulan 4 ini berhasil mengendalikan aktiviti dengan baik dan melibatkan semua pelajar dalam aktiviti tersebut. Akhir sekali, pengalaman dan input yang saya dapat melalui pembentangan ini membantu saya untuk menjadi guru yang lebih kreatif dan berkualiti.

Unknown on 24 March 2016 at 18:00 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, akhirnya kumpulan saya iaitu Kumpulan 4 telah berjaya membentangkan tajuk Melaksanakan Aktiviti Mengenai Irama, Warna dan Ruang serta Deria dan Seni dalam kelas dengan baik. Sebelum menyampaikan isi pembentangan, saya dan rakan-rakan sekumpulan telah berbincang dan membaca apakah aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan di dalam kelas. Hal ini kerana, kami perlu menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan Irama, Warna dan Ruang serta Deria dan Seni.
Berdasarkan pembentangan yang telah dijalankan oleh kumpulan kami, saya mendapati bahawa kepelbagaian aktiviti seni yang dilakukan mempunyai kategori-kategori yang tersendiri. Hal ini kerana, melalui aktiviti yang dijalankan dapat menyampaikan sesuatu maklumat atau untuk mengekspresikan perasaan seseorang. Sebagai guru, pentingnya kemahiran mengendalikan sesuatu aktiviti dalam proses PdP. Oleh itu, sebagai pembentang saya telah mempelajari cara-cara yang betul dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti di dalam kelas.
Konklusinya, setiap aktiviti yang dijalankan memerlukan perancangan dan pengetahuan yang mantap supaya sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat berjalan dengan lancar.

Unknown on 27 March 2016 at 01:07 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum wbt.

Pembentangan topik 4 adalah bertajuk Melaksanakan mengenai Irama, warna dan juga ruang serta deria dan seni.

Selepas sesi pembentangan ini, saya dapat mengetahui pelbagai aktiviti sei boleh diadakan dengan menggunakan lima deria yang kita ada.saya dapat belajar bagaimana seseorang guru itu perlu merancang sesuatu aktiviti terlebih dahulu sebelum melakukannya. deria dan seni ini juga lebih menumpukan tentang kepekaan deria terhadap perkembangannya. saya juga dapat membuat kesimpulan di sini bahawa seni muzik, visual dan juga pergerakan boleh diperkembangakn dengan menggunakan deria yang ada iaitu bau, hidu,sentuh, rasa dan lihat.

Di samping itu, pengaruh persekitaran dan pengalaman juga dapat meningkatkan lagi ketajaman sesuatu deria itu dan juga perkembangannya terhadap nilai-nilai estetika. Saya dapat mengetahui pelbagai aspek yang boleh diterapkan ketiga-tiga jenis aktiviti seni visual, muzik dan juga pergerakan ini ke dalam irama, warna dan juga ruang.

Berdasarkan aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dan juga pergerakan,secara tidak langsung melatih deria mengalami pelbagai peristiwa dengan mengadakan penghubungjalianan aktiviti ruang, warna dan irama dalam meningkatkan kefahaman terhadap bidang Seni Dalam Pendidikan ini.

Unknown on 27 March 2016 at 01:08 said... [Reply to comment]

Unknown on 27 March 2016 at 07:54 said... [Reply to comment]

Assalamulaikum. Tahinah diucapkan kepada rakan-rakan saya yang telah selesai membentangkan Tajuk 4 yang bertajuk melaksanakan aktiviti mengenai irama, warna dan ruang serta deria dalam seni. Melalui pembentangan ini, banyak input baharu yang telah saya dapati mengenali aktiviti-aktiviti seni contohnya aktiviti meneroka menggunakan irama, warna dan ruang, aktiviti kreatif menggunakan irama, warna dan ruang untuk tujuan ekspresi dan penyampaian idea dan maklumat, aktiviti kreatif yang mengaplikasi irama, warna dan ruang secara bersepadu dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pembentang menarik dan memudahkan saya untuk mengetahui aktiviti-aktiviti seni yang dapat dijalankan dan aktiviti-aktiviti tersebut dapat diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak. Terima kasih.

Unknown on 27 March 2016 at 08:07 said... [Reply to comment]

Topik keempat bagi subjek Seni dalam Pendidikan ini ialah melaksanakan aktiviti mengenai irama, warna dan ruang serta deria dan seni. Pembentangan telah dilakukan oleh Nik Nurul Afifah, Nor Azizah, Nazihah Shafiqah dan Fatin Noor Azira dan pembentangan yang dilakukan berfokus kepada pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang membolehkan berlakunya penerokaan terhadap irama, warna dan ruang, penyampaian idea dan maklumat, pembinaan eskpresi dan peningkatan kepekaan deria. Secara keseluruhannya, pembentangan topik ini telah dijalankan dengan baik kerana setiap subtopik yang dibincangkan akan disusuli dengan pelaksanaan aktiviti yang bersesuaian. Melalui pembentangan yang telah dilakukan, saya mendapati bahawa aktiviti-aktiviti seni yang dilaksanakan bukanlah atas dasar memberi kegembiraan kepada murid semata-mata, tetapi pelaksanaan aktiviti yang berlandaskan kepada beberapa objektif pembelajaran tertentu dapat membantu murid untuk membina pengetahuan dan kemahiran. Justeru, guru perlu bijak dalam merancang aktiviti yang boleh memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan cara menguasai pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan aktiviti yang ingin dilaksanakan serta memahami tujuan dan kepentingan pelaksanaan aktiviti kepada murid.

Unknown on 27 March 2016 at 08:47 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. w.b.t

Berdasarkan pembentangan kumpulan 4 yang bertajuk Melaksanakan Aktiviti Mengenai Irama, Warna dan Ruang serta Deria dan Seni, terdapat beberapa input yang telah saya peroleh.

Antaranya ialah dalam aspek seni, pelbagai jenis aktiviti seni dapat membantu perkembangan holistik murid. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah aktiviti yang menggunakan ruang. Aktiviti menggunakan ruang dapat membantu murid meneroka ruang yang ada di sekeliling murid dengan menggunakan aspek seni. Selain menyeronokkan, aktiviti seperti ini mampu memberikan input yang baik kepada murid berkenaan motor halus dan motor kasar murid.

Selain itu, kaedah pengajaran yang berbentuk stesen sangat baik dijalankan di dalam kelas agar penglibatan semua murid dapat dilihat melalui aktiviti yang memerlukan semua murid bekerja dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Oleh itu, pujian diberikan kepada ahli kumpulan kerana mampu mempersembahkan idea yang bernas dalam mencipta aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah. Sekian, terima kasih

Unknown on 27 March 2016 at 08:55 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada ahli kumpulan 4 kerana berjaya membentangkan topik Melaksanakan Aktiviti Mengenai Irama, Warna dan Ruang serta Deria dan Seni. Berdasarkan kepada pembentangan tersebut, banyak pengetahuan dan input-input baharu yang saya peroleh. Sebelum pembentangan ini, saya hanya mengetahui bahawa pelbagai aktiviti seni boleh dilakukan bersama murid di sekolah kelak, tetapi saya tidak mengetahui bahawa setiap aktiviti mempunyai kategori tersendiri. Selain itu, perkara yang ingin saya ketahui dalam tajuk ini ialah bagaimana ruang, irama dan warna dapat diaplikasikan secara bersepadu dan bagaimana aktiviti tersebut dapat meningkatkan kepekaan deria. Justeru, selepas pembentangan yang dilaksanakan oleh kumpulan kami, saya mengetahui bahawa aktiviti meneroka melibatkan irama membolehkan murid mengembangkan idea mereka tersendiri. Contohnya, murid meneroka irama menggunakan alat perkusi badan iaitu tangan. Murid perlu menepuk tangan mengikut suku kata sesuatu perkataan dan menghasilkan irama berdasarkan tepukan tersebut. Bagi aktiviti bersepadu, apa yang saya peroleh ialah pengetahuan mengenai irama, warna dan ruang boleh disepadukan dalam satu aktivit. Misalnya, guru mendengarkan kepada murid sebuah irama yang rancak dan murid perlu menterjemahkan irama tersebut di atas sebuah kertas melalui lukisan garisan dan murid bebas menggunakan ruang di atas kertas untuk meluahkan kreativiti mereka. Di samping itu, berdasarkan pembentangan ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang menggunakan deria murid secara maksimum. Contohnya , murid dapat melihat pelbagai jenis warna, menghidu warna dan bahan yang digunakan dalam aktiviti, mendengar irama atau lagu, menyentuh bahan seni bagi membezakan tekstur dan menggunakan deria rasa untuk mengamati ekspresi lagu tersebut sama ada perasaan sedih atau gembira. Tambahan lagi, perkara yang penting saya pelajari semasa melaksanakan pembentangan ini ialah kepentingan guru menyampaikan maklumat kepada murid dalam sesuatu aktiviti dan penglibatan aktif murid di dalam kelas.
Secara kesimpulannya, diharap setiap penerangan dan aktiviti yang dilakukan memberikan pengetahuan kepada guru pelatih untuk merancang akviti yang sesuai dan mempunyai kepentingan kepada murid.

Twitter

SESI SEMESTER 1/2016 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template